Rabu, 11 Oktober 2017

BAB 2 ULASAN PEMBACA



ULASAN PEMBACA

Ulasan Pertama oleh Puan Mazlina Omar.


Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains. Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.


Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.


Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.




Ulasan Kedua Oleh Puan Azrin Badrinas

Ebook yang ditulis oleh Syatirah ini memang sangat sempoi sesuai dengan  gelarannya Kak Bidan Sempoi. Baguslah panduan-panduan yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ebook ini turut dilengkapi dengan pelbagai resipi yang mudah dan menarik.

Ebook yang lengkap dan padat dengan info dari persediaan sebelum kehamilan, semasa hamil, sebelum bersalin hinggalah dalam tempoh berpantang. Terasa jika saya dapat baby lagi, saya akan rujuk pada Syatirah. Sangat sesuai sebagai rujukan ibu hamil dan berpantang.


Ulasan Ketiga Oleh Puan Hazwani Abd Hamid

 Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua. 

Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.

Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.


Ulasan Keempat oleh Puan Nurshuhada Abdullah

Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat. 

Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang. 

Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.

InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ulasan Kelima Oleh Puan Bibi Normi Md Noor

Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.

Ulasan Keenam Oleh Puan Hasnida Hamid
Membaca hasil catatan Puan Syatiraha atau lebih mesra dipanggil Kak Bidan Sempoi ini sangat mengasyikkan.  Penuh dengan kajian ilmiah.  Sangat berbaloi pembacaan dengan ebook ini.  Banyak yang dikongsikan.  Antara yang menarik ialah penggunaan stokin ketika bersama suami.  Sungguh tak terfikir kena pakai sebab selalunya sejuk malam-malamkan.

Selain dari itu juga penulis ada menceritakan tentang akbiat kebas-kebas dikaki dan tangan.  Ini sering terjadi kepada saya suatu ketika dahulu.  Hampir saya terkejut kerana ia boleh menyebabkan stroke rupanya.  Insyaallah saya akan lebih menjaga kesihatan selepas ini.  Insyaallah.

Dalam pada itu juga bab makan pedas ketika berpantang.  Rupanya tak boleh juga ye.  Boleh menyebabkan angin dalam badan.  Terima kasih Kak Bidan Sempoi kena berkongsi tips-tips yang sangat berguna ini.  Saya sangat bersetuju jika buku ini dijadikan buku ilmiah untuk bacaan ibu-ibu moden!
Tahniah Kak Bidan Sempoi!

Ulasan Keenam Oleh Puan Nurulhidayah Harun
Perkongsian cerita dan amalan dalam Ebook Pantang Tradisional hasil penulisan Nur Syatirah Shuib membuka minda saya bahawa amalan tradisional sebenarnya tidak susah untuk diamalkan.
Ebook ini sangat sesuai bagi wanita yang inginkan cahaya mata, wanita hamil dan dalam pantang. Topik yang disediakan menarik dan perlu dibaca bagi mereka yang bergelar wanita.
Amalan tradisional masih releven untuk diamalkan dalam pengurusan tekanan emosi, pemakanan, kesuburan dan aktiviti harian sehinggalah kepada penjagaan bayi selepas bersalin. Perkongsian koleksi resepi yang pelbagai semasa berpantang juga sangat menarik.
Bagi bakal-bakal ibu, tidak rugi jadikan ebook ini sebagai panduan.


BAB 1 TINTA PENGARANG

PENGENALAN
Amaran

1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara.
 http://pantangtradisional.blogspot.my/

2. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin jika menerima ebook ini tanpa melalui  http://pantangtradisional.blogspot.my/

5. Laporan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan tidak sebegini.

6. Jika anda memilikinya tanpa kebenaran, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.

Yang benar: Nur Syatirah Shuib,:
http://syatirahshuib.blogspot.my/

Facebook saya:- Nur Syatirah Shuib :-
https://www.facebook.com/ummi.urutanbersalinsabah

Facebook Page Saya, Urut Selepas Bersalin Sabah:-
https://www.facebook.com/Urut-Selepas-Bersalin-Sabah-1633546903582162/

Email:-
kakbidansempoi@gmaill.com

Hubungi:-
018-3677769, Qulusa Therapy.
















TINTA PENGARANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Kita adalah insan bertuah yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Istimewanya kita kerana mempunyai rahim yang membolehkan kita untuk mengandung dan melahirkan. Kita boleh merasai saat manis dan pahit ketika mengandung dan melahirkan. Begitu juga pengalaman membesarkan anak-anak akan membuatkan kita lebih matang menempuhi liku-liku perjalanan hidup.

Namun, ada juga yang berdukacita dengan masalah kewanitaan yang menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Pelbagai kritikan dan sindiran diberikan kepada mereka yang sukar hamil. Maka, semoga perkongsian yang disampaikan mmapu membantu anda merawat masalah kewanitaan dan juga membantu memberikan anda semangat untuk terus berusaha ikhtiar untuk hamil.

Saat paling bahagia bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Di dalam penulisan ini diselitkan juga bagaimana pemakanan sihat dan penjagaan ketika diawal kehamilan. Penjagaan ini sangat penting kerana jika tersalah cara boleh menyebabkan keguguran.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hendaklah mengambil pemakanan sihat agar janin yang membesar akan sihat tubuh badan dan kuat imuniti badannya. Selain itu, penulisan ini juga memuatkan senaman bagi melegakan sakit pinggang dan membantu ibu-ibu untuk bersalin secara normal.

Kembali langsing semasa dalam tempoh berpantang adalah impian setiap wanita yang menjadi ibu. Namun, bukan mudah untuk langsing andai tiada penjagaan dan rawatan yang lengkap dijalankan. Maka, penulisan ini memuatkan pelbagai resepi dan petua untuk berpantang dengan bahagia.

Terakhir sekali adalah menjarakkan kehamilan secara alami. Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah hormon selepas bersalin. Maka, petua yang dikongsikan ini akan membantu ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan secara alami, dalam masa yang sama membantu untuk kekal sihata dan cergas menguruskan keluarga.

Semoga kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat penjagaan yang tepat dan betul. Amin.

Ikhlas,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Kota Kinabalu Sabah.
018-3677769.
6 Oktober 2017.



ULASAN EBOOK

Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.

Pengulas: Bibi Normi Md Noor

ULASAN EBOOK


Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat. 

Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang. 

Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.

InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Pengluas : Nurshuhada Abdullah

ULASAN PEMBACA

Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua. 

Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.

Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.

Pengulas: Hazwani Abd Hamid

ULASAN PEMBACA

Ebook yang ditulis oleh Syatirah ini memang sangat sempoi sesuai dengan  gelarannya Kak Bidan Sempoi. Baguslah panduan-panduan yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ebook ini turut dilengkapi dengan pelbagai resipi yang mudah dan menarik.

Ebook yang lengkap dan padat dengan info dari persediaan sebelum kehamilan, semasa hamil, sebelum bersalin hinggalah dalam tempoh berpantang. Terasa jika saya dapat baby lagi, saya akan rujuk pada Syatirah. Sangat sesuai sebagai rujukan ibu hamil dan berpantang.

Pengulas:- Azrin Badrinas

ULASAN PEMBACA


Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains.  Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.


Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.


Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.


Pengulas: Puan Mazlina Omar.